Thursday, January 20, 2011

Permata Di Hati Janda - Prekuel

Majid kelam kabut, baju kemeja kotak kotak kaler kuning kegemarannya tidak dijumpai. Sudah habis satu rumah Majid geledah, namun kemeja kegemarannya belum juga dapat diketahui lokasinya. Kata-kata berunsur lucah bersilih ganti terbit dari bibir Majid. Jenis iman nipis. Sedang Majid ke hulu ke hilir mencari baju kemeja kegemarannya, tiba tiba Majid terpandang satu objek yang dikenali sebagai mesin basuh di kalangan rakyat Malaysia.

“ah, cilake betul! Kat sini engko rupanya!”, marah Majid pada baju kemeja tersebut yang berada di dalam mesin basuh tersebut, “nasib baik dah kering..”

Majid terus pecut pergi gosok baju kemeja kegemarannya yang berkedut seribu itu. Tak steady langsung pergi jumpa Zah pakai baju kedut, jatuh lah air muka Majid. Tersengih-sengih Majid tatkala membayangkan pertemuannya dengan Zah sebentar lagi. Lembut dan sopan tuturnya Zah benar benar meruntun hati Majid. Majid benar benar jatuh hati pada janda itu. Cintanya terlalu kuat untuk Zah, ya, si janda itu. Sudah berbulan bulan lamanya Majid cuba memikat Zah. Namun sebaik hampir saja ke peringkat declare, Majid goyang. Seolah olah Majid tidak pernah memikat wanita sebelum ini. Lidahnya kelu tidak terkata. Padahal sebelum ini bukan seorang dua yang tumpas di tangan Majid.

“ah, aku tak kira! Ini hari aku mesti berterus terang! Sampai bila harus aku tanggung perasaan ini?”, getus hati Majid lalu menekan kuat seterika pada baju kemeja kegemarannya.

***

“Hai! dah lama sampai?”, sapa Zah lembut sebaik sampai di tempat dia selalu bertemu Majid.

“hmm..tak juga, ada laa dalam lima belas minit..”, balas Majid sambil mengunyah gula gula getah. Bukan menda , ini untuk mengelakkan Zah terhidu bau rokok dari mulut Majid. Majid tahu Zah tak suka bau rokok. Dalam hati Majid kecewa kerana Zah tak tegur langsung pasal dressing Majid. Sia sia Majid pakai kemeja kotak kotak kaler kuning.

“kita duduk kat sana jom!”, tunjuk Zah pada satu kerusi batu di tepi tasik tersebut sambil terus berlalu menghala ke arah kerusi batu tersebut.

Majid hanya tersenyum sambil merenung Zah dari belakang dengan penuh teliti.

***

“hik hik hik, awak ni kelakar la Majid..”, Zah ketawa sambil menepuk nepuk peha Majid setiap kali hatinya digeletek rasa lucu.

Majid gelak buat buat dan akhirnya kedua duanya diam tidak bersuara. Majid bukan diam kerana tidak ada idea, tetapi diam kerana hatinya bimbang, kepala hotaknya sedang bekerja keras menyusun ayat demi ayat untuk dia melancarkan misinya tadi. Perasaannya bercampur baur. Jantungnya berdegup umpama sedang berhadapan dengan tok mudim. Selepas mengumpul kekuatan yang secukupnya, Majid mula bersuara.

“Awak, saya ada nak tanya awak sesuatu ni..,boleh?”, kata Majid bermula tenang.

“eh, sejak bila pulak awak nak kena mintak izin dulu ni Majid.. tanya je laa..”, balas Zah pula disertakan dengan senyuman yang cukup manis di mata Majid.

Majid makin berdebar.

“awak rasa saya layan awak baik tak?”

“baik wak..baik sangat.”, balas Zah ringkas sebaik sahaja Majid habis bertanya.

“saya ada pernah sakitkan hati awak tak?”

“hmm..tak ada. Sekali pun tak. Lagi menggembirakan saya adalah”, balas Zah sambil memandang muka Majid yang kian pucat, “kenapa awak tanya macam tu?”

Majid sengih. Lalu menarik nafasnya dalam dalam.

“ok, awak rasa saya boleh jadi pakwe yang baik tak?”, Majid tanya dengan suara yang bergetar sambil pandang ke lain. Digosoknya muka cepat cepat dengan harapan pucatnya hilang.

“saya rasa boleh. Tak ada sebab tak boleh..”, jawab Zah walaupun sudah mula merasa pelik. Zah merenung muka Majid dari pandangan sisi. Dia tahu Majid ada memendam sesuatu. Zah biarkan saja Majid melepaskannya satu persatu.

Suasana senyap seketika. Sehinggalah Majid bersuara semula.

“kalau macam tu kenapa awak tak lantik saya jadi pakwe awak?”, akhirnya Majid bertanya soalan yang sudah lama terbuku di hatinya. Majid menatap mata Zah dengan penuh keihklasan.

"hahaha!awak ni entah hapa hapa tau! ada pulak saya lantik awak, awak la sepatutnya lantik saya..",kata Zah tersipu-sipu sambil menguis nguis pasir di kaki.

Majid sengih sambil ketuk lutut.

18 comments:

  1. ni sume gara2 salah masuk word verification td..celaka

    ReplyDelete
  2. kah kah kah!

    ada word verification ke?
    cilake. nanti gua buang.

    ReplyDelete
  3. cilake!
    mana ada!

    Fied,
    mana gua tahu, lu tanya Majid.
    kah kah kah!

    ReplyDelete
  4. ada la woi word verification. gua pun kena. haa bagi la fesbuk Majib biar gua tanya depan-depan.

    ReplyDelete
  5. Pergh, nama tajuk dah macam sabul sabul.

    ReplyDelete
  6. ok. gua dah buang.
    setel. Fesbuk Majid ada, tapi dia approve makwe je

    Gory,
    lepas ni kalu gua selit unsur 18sx sikit ok tak?
    haha

    ReplyDelete
  7. kah kah kah!
    aok tak kenei lagi Majid ni Fadh..
    aok tok kenei lagi..

    ReplyDelete
  8. hai pa'tam!

    eh! gua dah lupa apa nk komen

    ReplyDelete
  9. jenis nampak Pa'tam terus lupa dunia..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. cilakak, boleh tahan juga majid mengorat janda

    ReplyDelete
  12. Aku dah lama kenal majid ni...tak sangka camni pesennya..anak bini kat rumah tak bg mkn lgi

    ReplyDelete
  13. hak..hak.. majid dalam hati ada taman.. huhu..

    ReplyDelete